"KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN "
--AL IMAM HASSAN AL BANNA--

Friday, March 23, 2012

aNak SiaPa??

Itu lah tajuk AL-KULLIYAH di tv3,program yg membincangkan isu-isu agama...dan hari ini tajuk itu SANGAT2 ade kena mengena dgn kehidupan aku sekrg nie,statistik menunjukkan setiap 17 minit lahirnya anak luar nikah dn ini amat membimbangkan,lambakkan anak luar nikah menunjukkan tanda2 hari kiamat sudah pun tiba..ANAK SIAPA? itu anak saya,walaupun die di binkan ABDULLAH tp die ada bapa dan bapa nya seorang yg bertanggungjwb dn tidak seperti lelaki2 diluar sana yg meninggalkan wanita yg telah di* dn bila dh mengandung wanita itu ditinggalkan terkontang kanting dgn anak dlm kandungan yg xtau nasibnya...dan akhirnya anak itu digugurkan,dibuang di depan masjid,rumah orang,tepi jalan,dn merata 2 tempat seperti anak kucing...lebih menyedihkan lagi,ada yg cmpak anak mereka dari tingkat ats,campak dlm sungai,kelar smpai hilangnya satu nyawa yg suci lagi bersih dn tanpa dosa...NAUZUBILLAH,saya bersyukur saya masih waras kerana xberbuat perkara demikian,sudahlah kita berbuat dosa besar dn sekrg nak membunuh darah daging sendiri plak,dah tambah lagi 1 dosa besar jdi 2 dosa besar dn nti kita akan makan anak kita sendiri di sana, itu di sana yg di dunia ni plak..mungkin ada yg menghantui hidup korg..yg mcm cite momok tu..

Aku harap,ada lah ahli keluarga aku yg menonton AL KULLIYAH tadi,bukan apa..bukan senang ahli keluarga kita nak terima keadaan kite sebegini, yelah kan kita dh conteng arang ke muka diorg,korg ingat senang diorg nak terima korg..lebih2 lagi dlm kalangan keluarga kita..itulah tamparan yg paling besar dlm hidup aku,xpayah lah mention siapa just ahli keluarga...kepada keluarga yg ada anak yg mengandung anak luar nikah,mungkin sukar utk diterima tp berilah sokongan moral dn nasihat kepada anak anda,jgnlah buang mereka kerana walaupun baik buruk sekali pun die tetap anak kita,nak ke kite tgok die bunuh diri,gugurkan kandungan dn bukankah itu namanya kita bersubahat sekali...terimalah die kembali sebagai anak dn bukan musuh,dn bila dan lahir baby tu nanti,pandanglah die sebagai cucu dn bukan nya manusia yg lahir membawa bala kepada keluarga..sedangkan kita manusia biasa,byk melakukan kesilapan..itulah nasihat aku kepada keluarga yg ada anak seperti aku...jgn sesekali kita buang anak kita walau die dah menconteng arang ke muka kita...berilah die peluang bukan buang...

-sekian terima kasih-


Friday, March 9, 2012

aDa aPa pAdA NaMa

Entry kali ni sgt2 PENTING dlm hidup aku...mana tak nye,ini ade kena mengena dgn aku,suami aku,keluarga aku,keluarga suami aku dn jugak masyarakat seterusnya rakyat Malaysia...hah,dh smpai rakyat Malaysia tu penting lah...dan yg terpenting sekali adalah masa depan anak aku,MUHAMMAD NUR SHAUQI BIN ABDULLAH...tentu ade yg xsangka kn anak aku dibinkan Abdullah,sebenarnya aku sedih bile org tanya nama penuh anak aku even nak taip nama penuh die dlm entry ni pown aku nak nangis smbil memandang anak aku yg dah pown setahun dn xmengerti apa2...

Sejak aku mengandung kan die,itulah yg aku fikirkan smpai lah sekrg.Kdang2 aku dgn suami aku stress.Kami nekad walauape pun kami nak jugak nama Shauqi dibinkn nama suami aku dn kami pown menghubungi JPN utk menukar BIN tp xbole,die ckp kne ade surat sokongan dari Jabatan Agama Islam Selangor..kami pown menghubungi JAIS dn berhubung dgn pengarah die sendiri,dn die menerangkan secara ringkas dn padat pasal status anak diluar nikah dn kami redha sbb xdpt tukar nama anak kami namun dlm keredhaan itu aku masih berharap dpt menukar bin kepada bapa kandungnya sendiri...Suami aku ade jugak minta nasihat dn kaunseling dari KAGAT dn kami jugak ade terima surat dari Mufti Johor yg menyatakan anak aku tidak nasab kepada bapanya tp lebih kepada ibunya.

Dan berita yg mengejutkan aku baru2 ni ada berkaitan dgn apa yg aku dn suami aku harapkan selama ini membuat kami bertambah yakin utk menukar bin ank kami kepada bin suami aku..Baru2 nie suami aku ade bwak balik keratan akhbar metro ahad yg bertajuk "Aibkan bayi" yg di bahaskan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yg meminta supaya keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengenai penamaan anak yg x sah taraf/ luar nikah yg di binkan atau dibintikan kepada Abdullah disemak semula kerana didakwa tidak menepati konsep Islam serta mengaibkan.

Die ckp lagi, die xtahu knpe perlunya menamakan seorg anak luar nikah atau org yg baru memeluk Agama Islam dibinkan atau dibintikan kepada Abdullah.Ini seolah2 kita ingin meletakkan mereka dlm 1 kump dgn tujuan yg tertentu dn sbb tu dlm kebykan kes anak2 ini akan  merasa malu dn menerima aib sedangkan itu kesalahan ibu bapa mereka dn tidak sepatutnya ditanggung anak.Tak ada dalil atau nas yg menyatakan anak tidak sah taraf atau mualaf perlu dibinkan atau dibintikan Abdullah.

 " Jika seorg lelaki dtg ingin mendaftarkan nama anak nya,itu bermakna die mengaku itu anaknya dn x perlu dipertikaikan lagi dn JPN pun xde kuasa utk halang ibu atau bapa yg ingin mendaftarkan nama anak mereka.Tugas mereka adalah mendaftarkan nama anak dn jika ayah dn ibunya warganegara,soal tempoh perkahwinan xpatut jdi persoalan.Perkara ini dibawah kuasa syarak dn bukan di bawah bidang pentadbiran dn perkara ini boleh dibawa ke mahkamah..

Itu lah yg aku baca dlm keratan akhbar dn membuatkan aku dn suami yakin dn tersgt lah yakin nak menukar bin anak kami. Ade jugak yg menentang,katanya klu senang2 tukar bin anak tu nti masyarakat kita xtakut lah nk bt maksiat dn ramai lagi anak luar nikah akan lahir klu kita fikir kan anak luar nikah yg malu dn mengaibkan.

Aku fham maksud org yg menentang tu dn aku faham kepada org yg menyokong tp klu lah korg semua ada ditempat aku,if you are in my shoes,what u gonna do??itu salah aku dn suami dn aku xnk anak aku menangungnya..biarpown masuk penjara sekali pown aku sanggup asalkan bin nya ditukar,mungkin korg fikir itu xpenting tp penting utk aku sbb korg xde kat tempat aku sekrg...ini membabitkan masa depan die,biarpown die akan tetap tahu die anak luar nikah tp still aku nak die dibinkan kepada bapanya..

Manusia tidak layak menghakimi manusia lain,yg layak hanya lah Allah S.W.T

                                                                                                                                 -rintihan seorg ibu-